BUDAK2 SEKOLAH

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Julai 2011

TAJUK 7 Kaedah Penilaian Bahasa



PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
  • Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. 
  • Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan
  • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  • Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  • Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
  • Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
  • pelajar mengenal pasti dan merekod,
  • menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
  • mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan
  • Penilaian objektif tugasan
  • Hasil Pembelajaran
  • Penilaian
  • Format / Bentuk
Format Kontrak Pembelajaran
  • Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.
  • Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
  • Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. 
  • Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara Pelaksanaan
  • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. 
  • Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Sabtu, 23 Julai 2011

TAJUK 6 Kaedah Penilaian Bahasa



PENILAIAN MELALUI PORFOLIO
  • Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.
  • Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
  • Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.
  • Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Tujuan Portfolio
  • Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
  • Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
  • Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
  • menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
  • menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
  • digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
  • menilai secara sumatif pembelajaran.
  • menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
Ciri-ciri Portfolio
  • Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
  • Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
  • Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
  • Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
  • Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.



Bagaimana Menilai Portfolio
  • Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
  • Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini:


  • Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
  • Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
  • Senarai semak yang disediakan oleh guru
  • Nota-nota yang disediakan oleh guru
  • Catatan jurnal
  • Buku log
  • Refleksi kendiri murid
  • Gambar dan foto
Kebaikan Penilaian Portfolio
  • Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
  • Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
  • Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
  • Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
  • Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
Strategi Pemerhatian
  • Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
  • Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
  • Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod nanekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
  • Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:
  • Kualiti Pemerhatian
  • Bentuk Perancangan
  • Jenis-jenis Pemerhatian
Fungsi Pemerhatian
  • Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu prosesbpembelajaran.
  • Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
  • Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

TAJUK 5 Jenis Penilaian Bahasa





UJIAN FORMATIF

  • Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.
  • Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek
UJIAN SUMATIF
  • Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh padabakhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.
  • Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa..
PERBEZAAN ANTARA FORMATIF DAN SUMATIF





UJIAN BAKAT

  • Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
UJIAN PENCAPAIAN
  • Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
UJIAN KEFASIHAN
  • Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Khamis, 21 Julai 2011

TAJUK 4 Pembinaan Ujian



UJIAN OBJEKTIF
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Item Respons Bebas

i. Jenis soalan:
   contoh:
   a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? (malas)
   b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
   contoh:
   a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
   b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah – Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

ii.Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.


iii.Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

    a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
    b. Jenis jawapan terbaik
    c. Analogi

Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz 
  • Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.
  • Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
SOALAN SUBJEKTIF
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
  • Item Jenis Struktur
  • Item Jenis Esei
  • Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

   a. Kesahan Isi
   b. Kesahan Ramalan
   c. Kesahan Serentak
   d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.



Rabu, 20 Julai 2011

TAJUK 3 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)



Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
  • Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
  • Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
  • Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
  • Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
  • Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU
  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.



Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.



Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa                       X Jumlah soalan
   Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
  • Ujian objektif
  • Ujian struktur
  • Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V:
  • Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
  • Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
  • Pemarkahan
Langkah VI
  • Nyatakan mata pelajaran
  • Nyatakan tingkatan
  • Susunan nombor soalan mengikut tajuk

TAJUK 2 Taksonomi dan Domain




TAKSONOMI BLOOM
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

  • Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
  • Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.
  • Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.


Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:
  • Pengetahuan
  • Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar

Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.

Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

DomainPsikomotor
  • Persepsi
  • Persediaan (set)
  • Respon terpinpin
  • Mekanisme 
  • Respon tampak yg kompleks
  • Penyesuaian
  • Penciptaan

DOMAIN DAVID KRATHWOHL

Domain Afektif
  • Penerimaan (Receiving/Attending)
  • Tanggapan (Responding)
  • Penghargaan (Valuing)
  • Pengorganisasian (Organization)
  • Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex)



                            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

burung