BUDAK2 SEKOLAH

Cari Blog Ini

Rabu, 16 November 2011

TAJUK 13 penilaian berasaskan sekolah

PENGENALAN
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 
  • PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
  • PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu: 
                   1.Kerja kursus
                   2.Pentaksiran lisan berasaskan sekolah.


RASIONAL PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH





PERNYATAAN DASAR

  • Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.
  • Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.
  • Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.
  • PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan PAFA.
  • Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS.
  • Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan.
  • Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah.
  • Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.
  • Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperigkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
  • Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri
CIRI-CIRI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
  • PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: 



Kerja kursus / PEKA

  • Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
  • LPM membekalkan dokumen pentaksiran 
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras 
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah 
  • Markah dihantar kepada LPM 
  • Sekolah mengeluarkan sijil 

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
  • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. 
  • LPM membekalkan panduan 
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras 
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah 
  • Sekolah mengeluarkan sijil 
  • sekolah mengeluarkan sijil 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

burung