BUDAK2 SEKOLAH

Cari Blog Ini

Rabu, 16 November 2011

TAJUK 13 penilaian berasaskan sekolah

PENGENALAN
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 
  • PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
  • PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu: 
                   1.Kerja kursus
                   2.Pentaksiran lisan berasaskan sekolah.


RASIONAL PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH





PERNYATAAN DASAR

  • Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.
  • Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.
  • Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.
  • PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan PAFA.
  • Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS.
  • Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan.
  • Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah.
  • Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.
  • Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperigkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.
  • Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri
CIRI-CIRI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
  • PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: 



Kerja kursus / PEKA

  • Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
  • LPM membekalkan dokumen pentaksiran 
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras 
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah 
  • Markah dihantar kepada LPM 
  • Sekolah mengeluarkan sijil 

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
  • Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. 
  • LPM membekalkan panduan 
  • LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras 
  • Penskoran dan pelaporan oleh sekolah 
  • Sekolah mengeluarkan sijil 
  • sekolah mengeluarkan sijil 







TAJUK 12 penilaian bahasa berasaskan projek

BROSUR
DEFINISI:
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

RUBRIK PEMARKAHAN BROSUR
TAHAP   
                KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)
KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

IKLAN
DEFINISI : Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.

ASPEK YANG DINILAI:

· Dari segi penyampaian:
- Surat Khabar
- Televisyen
- Radio

· Menepati tema / kehendak soalan.

· Laras bahasa yang digunakan sesuai atau tidak.

· Intonasi, jeda yang digunakan baik atau lemah.

· Tatabahasa.

· Ilustrasi yang digunakan berkaitan atau tidak.

POSTER
DEFINISI
: Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada dinding.

RUBRIK PEMARKAHAN POSTER
TAHAP   
                KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)
KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.


LAMAN WEB (HALAMAN SESAWANG)
· DEFINISI : Dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet. 

· Persembahan rekaaN

· Penggunaan teknologi maklumat yang efektif

· Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman

· Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif

· Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki

· Penggunaan laras bahasa yang sesuai

· Mempunyai maklumat tambahan

· Mempunyai jaringan yang luas

POWER POINT
DEFINISI
: Pakej persembahan grafik yang lengkap dan ianya menyediakan semua keperluandalam mengeluarkan persembahan secara professional. Mempunyai ciri-ciri seperti "Background Format", "Animations", "Drawing" dan sebagainya.

ASPEK YANG DINILAI:
· Warna, pengurusan ruang, dan kreativiti.

· Keberkesanan kesinambungan persembahan.

· Ketepatan isi kandungan.

· Kelengkapan laporan.

· Cara penyampaian maklumat.

· Masa terhad untuk persembahan.

TAJUK 11 penilaian pengalaman pembelajaran

Definisi
· Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

· Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

· Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa ij ataupun non tes.

· Penilaian Pembelajaran merupakan salah satu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

KAEDAH JIGSAW
· Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

· Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

1. Pergantungan secara positif
2. Tanggungjawab
3. Interaksi secara terus (bertentang mata)
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
5. Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA
· Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.

· Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

· Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.


· Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

· Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

· Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

· Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

TAJUK 10 penilaian aktiviti bahasa

FORUM
·         sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
·         dijalankan secara formal.
·         teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
·         tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
·         soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT
·         pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
·         terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
·         huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
·         setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
·         pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
·         sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO
·         huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
·         pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
·         hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN
·         Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
·         Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
·         Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
·         Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
·         Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
·         Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
·         Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK
·         Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
·         Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
·         Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
·         Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH
·         Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
·         Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
·         Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
·         Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
·         Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
·         Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
·         Peringkat / Langkah Kemahiran :
1)Persediaan
·         Memahami tajuk dan kehendak soalan.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
·         Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
·         Menulis perenggan pendahuluan
·         Mengembangkan isi-isi secara tersusun
·         Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3)Penyemakan
·         Menyemak ejaan dan tanda baca
·         Menyemak tatabahasa
·         Menyemak jumlah perkataan


TAJUK 9 penilaian kemahiran bahasa

Penilaian kemahiran bahasa :

  • kemahiran lisan (mendengar & bertutur)
  • kemahiran membaca
  • kemahiran menulis
KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)

Tujuan Kemahiran Lisan
  • Menyebut perkataan / ayat dgn betul¢
  • Melatih murid mendengar¢ & memahami pertuturan org lain.
  • Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).¢
  • Melatih murid agar berkeyakinan¢ & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan  perasaan dan kehendak)
  • Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai,¢ &  perbendaharaan kata yg luas. 
Kemahiran yang bOleh diperolehi murid:
  • Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul¢
  • Bertutur dgn nada, intonasi,¢ & sebutan yg betul.
  • Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar,¢ & menghormati pertuturan org lain.
  • Bercerita¢ & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
  • Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.¢
  • Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.¢
Penilaian Kemahiran Lisan
  • bacaan kuat¢
  • syarahan¢
  • perbahasan¢
  • bercerita¢
  • perbincangan¢
  • hafazan¢
  • temu bual¢
  • soal jawab¢
  • nyanyian¢
  • deklamasi sajak¢
  • mendengar dan memberi respon secara lisan¢
Penilaian Lisan membolehkan guru:
  • mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur¢ secara gramatis.
  • mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.¢
  • mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.¢
  • mengesan kelancaran dalam sebutan.¢
  • mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.¢
  • Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang¢ memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.


KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR
  • Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.¢
  • Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.¢
  • Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.¢
  • Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.¢
  • Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.¢
  • Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)¢
Peringkat Kemahiran mendengar
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi


Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif
¢
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

Mendengar secara bertelau-telau
¢
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

Mendengar tanpa tindak balas
¢
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami

Mendengar secara menebuk-nebuk
¢
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

Mendengar secara beremosi
¢
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas

Mendengar secara berhati-hati
¢
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat

Mendengar secara kritikal
¢
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK

Mendengar secara pengamatan
¢
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

Mendengar secara kreatif
¢
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
Peringkat awal¢
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

Peringkat pertengahan¢
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat

Peringkat maju
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi

KONSEP BERTUTUR
  • Gabungan bunyi-bunyi bahasa¢
  • Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman¢  berbanding kecerdasan otak)
  • Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan¢
  • Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan¢  penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan
a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat¢
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.¢

b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.¢
Biasanya dilakukan pada suku kata.¢
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.¢
Lambangnya ialah /?/.¢
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.¢

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan¢
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.¢

d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.¢

e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai¢
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.¢
Bertujuan untuk berkomunikasi.¢

f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.¢
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis¢
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.¢
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.¢
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.¢
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.¢

g) Jeda
jeda = persendian¢
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.¢
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.¢
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)¢
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.¢

h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.¢
juga disebut sebagai nada suara¢
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.¢
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.¢

I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.¢
nada tidak bersifak fonemik.¢

j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.¢
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.¢

Gaya bahasa berdasarkan nada:
Gaya yg sederhana¢
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

Gaya bahasa mulia¢ & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

Gaya menengah¢
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi

Fakto ryang mempengaruhi pertuturan:
- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi.



KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

Contoh teknik:
SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.

Konsep membaca:
  • Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
  • Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan:
•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif

Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:
  •  Kadar kelajuanž
  •  Pergerakan mataž
  •  Mengenal pasti struktur ayatž
  •  Membaca secara kuatž
  •  Membaca secara aktifž
  •  Menunjukž
  •  Motivasiž
  •  Gerak hati atau jangkaanž
  •  Keadaan fizikalž
Peringkat Pemahaman:
 Peringkat Lateralž
 Pengetahuan dan pemahaman murid¡
 Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami¡


 Interpretasiž
 Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas¡
 Menentukan sebab petikan tersebut ditulis¡
 Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan¡

 Inferensž
 Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan¡
 Menentukan sebab dan akibat¡

 Menilaiž
 Peringkat analisis dan sintesis¡
 Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut¡
Taksonomi Bloom
 Mampu membezakan yang baik dan buruk.¡
 Mempunyai pendapat tersendiri.¡

Teknik SQ3R:
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).


-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

 S – Survey (Kaji)ž
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

 Q – Question (Soal)q
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

 R – Read (Baca)q
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

 R – Recite (Lafazkan semula)q
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

 R – Review (Ulang)q

Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

Kelebihan:
  • Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.ž
  • Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.ž
  • Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.ž

KEMAHIRAN MENULIS
Konsep 
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
¢  tugasan dan hasil penulisan murid seperti
Karangan,,  Laporan projek/kerja kursus/folio, Latihan dan ujian bertulis,  Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
  •  Kemahiran menulis
  •  Menyusun idea
  •  Penggunaan tanda baca
  •  Perbendaharaan kata
  •  Mengaplikasi
  •  Mentafsir
  •  Menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
  •  Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
  •  Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
  •  Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
  •  Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
  •  Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item Soalan
 Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)¢
 Bentuk Item Subjektif
¢

Tujuan
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian


TAJUK 8 KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK

PENGENALAN

· Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.

· Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah.

· Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.

· Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

TUJUAN

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat diluar bilik darjah
4. Memotivasikan pelajar untuk belajar
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

LANGKAH-LANGKAH

Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 : Memproses Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek

Selasa, 26 Julai 2011

TAJUK 7 Kaedah Penilaian Bahasa



PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
  • Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. 
  • Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan
  • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  • Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
  • Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
  • Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
  • pelajar mengenal pasti dan merekod,
  • menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
  • mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan
  • Penilaian objektif tugasan
  • Hasil Pembelajaran
  • Penilaian
  • Format / Bentuk
Format Kontrak Pembelajaran
  • Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.
  • Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
  • Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. 
  • Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara Pelaksanaan
  • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. 
  • Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

burung