BUDAK2 SEKOLAH

Cari Blog Ini

Rabu, 16 November 2011

TAJUK 10 penilaian aktiviti bahasa

FORUM
·         sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
·         dijalankan secara formal.
·         teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
·         tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
·         soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT
·         pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
·         terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
·         huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
·         setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
·         pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
·         sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO
·         huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
·         pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
·         hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN
·         Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
·         Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
·         Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
·         Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
·         Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
·         Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
·         Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK
·         Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
·         Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
·         Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
·         Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH
·         Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
·         Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
·         Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
·         Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
·         Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
·         Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
·         Peringkat / Langkah Kemahiran :
1)Persediaan
·         Memahami tajuk dan kehendak soalan.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
·         Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
·         Menulis perenggan pendahuluan
·         Mengembangkan isi-isi secara tersusun
·         Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3)Penyemakan
·         Menyemak ejaan dan tanda baca
·         Menyemak tatabahasa
·         Menyemak jumlah perkataan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

burung